Jom Sedekah Subuh

AMALAN SEDEKAH SUBUH,MUDAHKAN SEGALA URUSAN & REZEKI JADI MELIMPAH RUAH.

Amalan mulia ini dapat melipat gandakan lagi pahala dan diberi ganjaran yang besar oleh Allah. Salah satu cara dan waktu terbaik untuk bersedekah adalah melalui kaedah ‘Sedekah Subuh’.

Sedekah subuh ialah sedekah yang diberikan pada waktu subuh iaitu sebaik sahaja matahari terbit atau masuk waktu subuh dan dilaksanakan sebaik-baiknya selepas seseorang itu solat subuh. Jangka waktu yang dicadangkan ialah selepas subuh sebelum masuk waktu syuruk. Pendekatan sedekah ini dilaksanakan dengan memasukkan sedikit wang ke dalam satu bekas secara istiqomah selama 40 hari.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu sesungguhnya Nabi Muhammad (SAW) bersabda:

“Tidak ada satu subuh-pun yang dialami hamba-hamba Allah kecuali turun kepada mereka dua malaikat. Salah satu di antara keduanya berdoa: “Ya Allah, berilah ganti bagi orang yang berinfaq”, sedangkan yang satu lagi berdo’a “Ya Allah, berilah kerosakan bagi orang yang menahan (hartanya)” (HR Bukhary 5/270)

Cara-Cara Melakukannya:

1. Sediakan satu bekas/tabung yang boleh diisi duit.Seeloknya guna bekas yang telus pandang agar nampak duit yang disedekahkan untuk dijadikan motivasi setiap hari.

2. Tulis nama anda dan lekatkan di tabung itu (tapi tak tulis pun tak jadi masalah) agar lebih bertanggungjawab terhadap tabung sendiri,

3. Setiap pagi selepas solat subuh masukkanlah sedikit duit dalam tabung tersebut.Seikhlas hati, RM2.00 atau RM1.00 ataupun RM0.10… tak kisah asal ikhlas dan mampu. Biar sikit asal istiqomah dan sederhana dalam amalan

4. Semasa memasukkannya, niatlah dalam hati tentang apa juga hajat atau keperluan yang diinginkan.Mudahan-mudan Allah perkenankan. Tidak salah memohon daripada Allah kerana Dia tempat kita meminta.

5. Selepas itu doa ringkas. contohnya: Ya Allah,perkenankanlah hajatku.

6. Ia haruslah dilakukan secara berterusan setiap subuh hingga cukup 40 hari atau 30 hari.Tempoh 40 hari ini adalah latihan untuk istiqomah,membentuk kesabaran dan menguji keimanan sejauh mana kita amanah menjaga duit sedekah selama 40 hari itu. Selain itu, ia juga untuk memudahkan bersedekah, jika tak mampu beri sedekah tersebut kepada fakir miskin setiap subuh setiap hari.

7. Waktu yang dicadangkan ialah SELEPAS SUBUH SEBELUM SYURUK namun ia juga boleh dilakukan pada bila-bila pun buat sebab sedekah tak ada had masa.Namun jika bersedekah setiap pagi ada malaikat yang mendoakan orang yang membuat amal soleh. Maka rebutlah peluang ini dengan iringan doa malaikat.

8. Setelah 40 hari, keluarkan duit tersebut untuk dibuat agihan atau disedakahkan pada yang layak seperti fakir miskin dan golongan asnaf. Teruskan sedekah subuh pada hari 41 dikira hari 1 semula.

9. Jika perlu kerja ke luar kawasan, teruskan juga sedekah subuh ini.Dengan cara asingkan duit yang hendak disedekahkanitu ke dalam sampul duit raya/envelope terpakai atau apa saja bekas yang berasingan selepas subuh, dan apabila sampai di rumah kelak, masukkan duit yang disedekahkan itu dalam tabung sedekah subuh sedia ada kita.

Apa yang nak buat dengan duit sedekah Subuh ?

1. Sumbangkan kepada rumah-rumah atau projek kebajikan,

2. Agihkan dalam bentuk tunai atau barangan kepada penerima yang difikirkan layak dan sesuai.

3. Beli makanan kucing, burung dan sebagainya – sedekah kepada haiwan.

4. Beri kepada ahli keluarga, yang termasuk dalam golongan anak yatim atau asnaf iaitu layak menerima zakat.

Pantang Larang:

Duit yang telah diniatkan sedekahkan didalam tabung, tidak boleh digunakan untuk kegunaan peribadi. Ini kerana sebaik sahaja berniat mengeluarkan wang dari dompet/saku untuk dimasukkan dalam tabung maka hak duit itu sudah berpindah kepada HAK ALLAH DAN MENJADI MILIK ALLAH. Agihkan kepada mereka yang selayaknya.

Antara Ganjaran Sedekah Subuh, Allah akan beri dalam bentuk:

1. Ketenangan hati

2. Dilapangkan Rezeki melimpah ruah.

3. Dipermudahkan urusan seharian diri sendiri atau anak-anak/ahli keluarga

4. Kesihatan baik dan sebagainya

Kredit : Sedekah Subuh

Feeds: Apapun amalan yang kita lakukan, letakkan ikhlas yang paling hadapan. Semoga Allah terima amalan itu sebagai ibadah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FOLLOW US D' INSTAGRAM!

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com