Doa makan

*DISEBALIK “DOA MAKAN”, MAKSUD YG MUDAH UNTUK DIFAHAMI*

“Allaahumma baarik lanaa fiimaa razaqtanaa wa qinna’adzaabannar

==> anak2 TADIKA pun tahu…

Maksudnya:
Ya Allah, barakahkanlah kepada kami apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan peliharalah kami dari api neraka.”
.

Bila habis solat imam baca doa makan then makmum semua gelak sebab kita ingat imam tu dah tak tahu nak baca apa sampai kena baca doa makan. NO.! Sebenarnye kita yg kurang ilmu🙇‍♂
.

Kita pergi mana-mana pun kena baca doa ‘makan’ even nak keluar rumah sebab apa.? Sebab dalam doa nie tak mention pun pasal makan tapi suruh berkati rezeki yang Allah bagi, then jauhkanlah kami dari azab api neraka. 🔥
.

Rezeki ni banyak,tak semestinya duit semata..tubuh badan yg sihat,keluarga yg bahagia..cukup makan & ada tempat tinggal juga 1 rezeki..Ramai yg tak dapat menikmatinya,Berhenti merungut & bersyurkurlah & Allah akan tambah rezeki lagi In shaa Allah 🙂
.

So lepas ni kalau kita solat jemaah then imam tu baca doa ni (kita panggil doa makan) janganlah kita ketawa dan persendakan imam buat lawak tanya ‘makanan mana makanan?’😅, dia memang kelakar tapi kelakar bila kita takde ilmu.
.

Bila dah ada ilmu lepas ni kalau ada orang ketawa kan imam baca doa makan tepuk bahu dia terangkan maksud sebenar doa ni, bolehlah kita sebarkan ilmu dan dapat pahala.☺
.

*Note : boleh baca doa nie sebelum memulakan kerja atau sebelum buat bizness, doa yang memberi rezeki tak salah mencuba. 🤗

Silakan share,moga dapat memberi manfaat kepada kita semua In shaa Allah Amiinn

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FOLLOW US D' INSTAGRAM!

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com