Tips hilangkan kuning bayi

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi mummy dikurniakan baby keempat … baby girl.

Comei gitu.

Apa yang mummy nak kongsikan kat sini ialah bila dah sampai anak ke empat ni barulah mummy sedar dan nampak macamana sebenarnya nak turunkan kuning baby dengan cara yang efektif dan lebih yakin.

Sebab sebelum ni asyik ikut-ikut cakap orang tapi tak menjadi pun malah kuning naik tinggi lagi tak nampak keberkesanannya.

Mummy ni pun berani nak kongsikan sebab dah ada pengalaman dengan anak-anak dulu dan anak baru ni dan compare memang kali ini buat betul-betul nak turunkan kuning sebab nak elak kena admit ke hospital.

So, mula-mula baby kuning bacaan dia 15 lepas tu naik 16 masa ni gelabah dah sebab doktor sound kalau 17 je kena masuk wad.

Tapi berjaya juga lengahkan doktor ni dan cuba sedaya upaya fikir nak turunkan kuning sebaik mungkin.

Perasan tak petua orang tua kata baby kuning ni sebab dia tidur je oleh itu kejutkan baby selalu supaya dia tak kuning.

Saranan ni kurang tepat sebenarnya dan tak jelas serta buat orang tak keliru. Tu yang mummy dok fikir apa sebenarnya yang disebalik nasihat dan petua ni.

Kalau setakat baby jaga je apa faedahnya lagipun baby baru lahir memang la tidur kerjanya mustahil dan impossible pulak nak suruh baby jaga sebab nak elak kuning.

Fikir punya fikir dan mummy cuba juga combine dengan pendapat orang lain yang kata baby kena kerap nyusu, buang air dan sebagainya untuk kumuhkan kuning tu akhirnya dah faham dah mesej yang tersirat.

Sebenarnya yang nak bagi baby jaga tu ialah pastikan baby nyusu setiap sela masa. Yela kan setakat jaga je mana ada side effect kuning turun. Yang utama ialah baby ni kalau tido je dia akan telepas waktu nyusu jadinya kita kena kejutkan baby kerap untuk bagi dia susu – itu yang sebenarnya.

Bila baby kerap nyusu maka lebih kerapa buang air dan seterusnya mudah kuning nak keluar melalui kumuhan air kecil dan air besar.

Teori mummy betul, bila kerap nyusu rupanya bacaan kuning jatuh dari 16 ke 14 lepas tu turun lagi jadi 9.

Huh …doktor pun terkejut. Turun banyak ni, ada makanan tambahan ke dia tanya?

Hmmm..mummy jawab takde pun cuma make sure feeding susu kerap dan timely.

Itu usaha mummy yang nak dikongsikan dan sebenarnya ada lagi tips tambahan bonus buat pembaca.

Tips nya ialah pada siang letak baby tepi sliding door, tingkap atau pintu supaya sinaran mentari dapat bantu nyahtoksinkan kuning dalam badan.

Khas untuk ibu yang breastfeed, mummy pula elak dari makan makanan yang ada halia, lada hitam, kunyit etc supaya baby tak makan dari susu ibu dan selamat dari pertambahan kuning dari luar. Ini sementara je untuk pastikan baby bebas dari kuning. Untuk para ibu lepas baby dah tak kuning sukahatilah nak makan sedap-sedap pun…hehe…

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *