Rawatan rendaman air garam selepas khatan

Musim cuti sekolah ni mesti ramai parents yang plan untuk khatankan anak lelaki masing-masing.

Secara normalnya anak lelaki khatan sewaktu mereka sekolah rendah.

Macamana pun ada kes tertentu anak-anak perlu dikhatankan lebih awal atas sebab-sebab tertentu.

Contohnya ada yang khatan waktu kecil atas nasihat doktor.

Ada satu kes ni kawan. Anak dia rasa sakit setiap kali nak kencing.

Rupanya lubang kencing dia kecil sangat jadi pakar suggest buang lebihan daging depan secepat mungkin kerana nak hampir tersumbat silap-silap anak tak boleh buang air kecil.

Masa tu anak dia 2 tahun.

Anak mummy pula ada kes hernia jadi bila nak operation pakar suggest apa kata khatan terus jadi dah besar tak perlu khatan dah.

Mummy setuju je dan alhamdulillah berjalan lancar,

Dan secara normalnya pula dalam dua minggu lepas anak sulung mummy khatan di Hospital Az Zahrah. Dah darjah 3 tahun depan naik darjah 4.

Syukur dah selesai cuma awal-awal tu kalut jugak nak jaga dan rawat luka tu supaya nak elak kontaminasi kan.

Rupanya rawatannya mudah dan guna rendaman air garam je.

Ini memang standard pergi mana pun memang macam tu.

Dalam 24 jam lepas sunat bebird anak memang oklah sebab lap-lap semua bendalir yang keluar dari luka tu.

Sebaik tamat je 24jam akan naik kekuningan yang bertepek kat bebird.

Benda ni kalau dibiar mungkin akan jadi lebih banyak dan messy nampak kotor pulak. Jadi sebab itulah dimestikan rendam air garam tu untuk elakkan kekuningan naik dengan banyak.

Tambahan pulak air garam boleh elak bakteria bermaharajalela. Siapa yang lambat rendam air garam maka akan lebih banyak kekuningan akan naik.

Jadi cepat-cepatlah sebaiknya lepas 24jam dari mula sunat dah mula rendam lepas buatlah kerap-kerap rendam 2 kali sehari pun dah ok.

Lagi satu nak bagitau yang kekuningan naik lepas 24 jam tu bukannya nanah atau apa tapi dipanggil kuping. Dia lama-lama akan kering ambil masa sikitlah dan akhirnya jadi hitam kering dan tanggal sendiri.

Cuma hati-hati jika bebird tak rendam dengan air garam dalam tempoh 48jam takut kekuningan yang muncul lebih dari tempoh tersebut dikhuatiri adalah nanah.

Nak elak nanah seeloknya rendam bebird dalam masa 24jam lepas sunat. Cara rendam bebird ialah masukkan dua sudu besar garam dalam air suam dalam bathtub mandi baby tu dan suruh anak duduk dalam tu selama 15 minit.

Tak pedih pun sebab garam 2 sudu tu tak banyak mana pun.

Lepas 15 minit rendaman tu keringkan bebird dengan guna kipas atau hair dryer. Ini nak pastikan tiada kelembapan dan kekuningan kuping tu akan kering dan tangggal lebih cepat. Tak semestinya kuping tanggal immediately akan ambil masa sikitlah.

Tapi jika ada yang masih musykil dan seriau bolehlah tanya doktor.

Semoga selamat khatan semuanya!

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WASAP KAMI SEGERA HANYA DENGAN SATU KLIK!!!!

KLIK SINI

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com