Masak Lemak Putih Nabil s Fevret

Nabil suke giler mkn nasik dengan kuah lemak putih. Ni antara makanan dia suka selain ayam goreng..budak2 kan tak minat pedas. Resepi ni aku ambik dari blog kak INA yang cun, member sekolah lama kat pahang dulu..

Bahan-bahan:
1. Fucuk dan suun dipotong kecil dan direndam supaya lembut.
2. 1 kotak kecil santan M&S.
3. 3 ulas bwg putih.- diketuk
4. 1/2 labu bwg besar – dihiris. 
5. 1 biji cili merah.- dihiris.
6. sedikit ikan bilis – dibersihkan ( optional)
7. garam , gula dan serbuk perasa.

Cara-caranya :
1. Masukkan santan kotak bersama 2 cawan air dan fucuk beserta suun.
2. Masukkan juga bwg putih dan bwg besar bersama ikan bilis.
3. Kacau gaul sentiasa agar santan elok sekata .
4. Perisakan dengan garam, sedikit gula dan serbuk perasa apabila santan sudah mendidih.
Kacau lagi dan boleh la diangkat.

ps: aku wonder gak, kalau aku try masak ayam masak lemak putih cenggini, rase dia camana ek? mcm lemak kuning kah?ish..pelik a pulak

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *