Makanan berlemak boleh sebabkan kanser?

Kajian menunjukkan bahawa kanser adalah disebabkan oleh satu bahan promoter kanser yang dipanggil secara am sebagai PAHs (sila google).

Sumber PAHs ini pula adalah lemak yang selalunya berasal dari haiwan.

Lemak dalam keadaan biasa mengandungi paras PAHs yang sangat rendah.

Walaubagaimanapun kandungan PAHs dalam lemak boleh meningkat apabila lemak dipanaskan.

Oleh itu, kandungan PAHs boleh meningkat dengan kaedah memasak.

Kaedah measak secara memanggang, grill dan barbeque merupakan kaedah yang paling banyak menghasilkan PAHs dari lemak daging haiwan yang dimasak.

Ini adalah kerana makanan akan didedah terus kepada api secara langsung sewaktu memasak dan suhu tinggi ini akan memperceptkan pengasilan PAHs dari lemak makanan.

Begitu juga apabila makanan bersentuh dengan permukaan alat memasak seperti kuali, ceramik, batu dan sebagainya.

PAHs yang dihasilkan semakin sedikit apabila makanan dimasak tidak terus terdedah kepada api dimana suhu yang digunakan sewaktu measak adalah lebih rendah.

Contoh: sup dimana air digunakan untuk memasak.

Secara tak langsung samada sedar atau tidak sedar kita memang makan makanan yang mengandungi PAHs.

Dan lama kelamaan apabila kita banyak makan makanan yang berlemak (contoh daging ayam dan lembu etc) sedikit demi sedikit badan kita akan mengumpulkan PAHs.

Perkumpulan PAHs didalam badan inilah yang boleh mengakibatkan seseorang dihidapi kanser.

Mudah kata PAHs ni kita panggil toksin.

Bagaimana nak elakkan PAHs di berkumpul dalam badan?

Sebab itulah kita diingatkan banyak kali untuk makan makanan seimbang.

Makan seimbang maksudnya bila ambil daging jangan lupa ambil sayur.

Orang tua-tua dah lama amal makan ulam.

Juga cuba perati masakan rendang. Walaupun masakan itu daging namun rempah ratusnya yang digunakan dalam masakan itu sendiri adalah semua herba yang secara semulajadi adalah antioksidan.

Lihat juga apabila kita makan satay sudah tentu ada timun dan bawang sebagai sampingan. Tak ramai yang sedar dan skip makan timun dan bawang kerana tak mahu keenakan satay di tekak tu terganggu. Walhal timun dan bawang ni adalah pengimbang kepada daging satay tadi. Ianya adalah untuk sebagai antioksidan juga.

Kaedah lain boleh juga makan buah-buahan, yelah bukan semua orang suka sayur.

Tapi ingatlah jangan tinggalkan makan buah atau sayur setelah makan berat nasi dan daging.

Bagi yang tak makan sayur atau buah apa penyelesaiannya?

MInum air banyak dan bersenam untuk buang toksin dari peluh adalah yang terbaik.

Satu lagi istilah yang biasa kita dengar ialah DETOX.

Toksin dalam badan kita boleh neutralkan dengan agen detox.

Apakah agen detox?

Agen detox biasanya dikaitkan dengan antioksida, vitamin dan suplemen.

Ini kerana didalam agen detox ada kompaun atau bahan aktif yang berupaya menyahtoksin PAHs.

Dengan cara ini kita dapat menbuang toksin dari dalam badan kita dan mengurangkan kebarangkalian untuk hidapi kanser.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *