Makanan bayi 0-6 bulan

Panduan bagi mak-mak baru dan bakal-bakal mak yang belum buat research.

Sibuk sangat.

Tak sempat agaknya.

Nasib baik sempat Google kan.

Jangan risau, panduan ini adalah berdasarkan cadangan Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jika tak percaya boleh semak kat http://nutrition.moh.gov.my

So, apakah makanan paling baik bagi bayi yang baru lahir hingga berumur 6 bulan?

Jawapannya ialah susu ibu sahaja, tanpa air, susu tambahan contoh susu formula.

Bilakah masa yang paling sesuai untuk bayi menerima makanan pelengkap?

Bayi perlu diberi makanan pelengkap apabila mencapai 6 bulan atau 180 hari agar dapat membesar dengan baik.

Walaubagaimanapun, penyusuan oleh susu ibu sebaiknya diteruskan sehingga bermur 2 tahun atau lebih mengikut kehendak bayi.

Ini adalah kerana makanan pelengkap bukanlah pengganti susu ibu yang ideal.


Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *