Kurang vitamin sebabkan lesu, letih tak bertenaga

Antara aduan yang paling banyak diberi ketika pesakit berjumpa doktor ialah perasaan berasa letih, lesu dan semacam tak bertenaga. Tu yang kadang mengadu bagaimana nak hilangkan letih badan tu bukan apa sebab ingat boleh la dapat mc doktor tahu jelah badan dah tak larat. Jadi tidak menghairankan jika mama semua sendiri kadang nak tahu sangat apa dia vitamin yang sesuai untuk menambah tenaga apatah lagi sibuk dengan kerja rumah dan kerja pejabat lagi. Sebenarnya semua jenis vitamin adalah ideal untuk mama semua kekal sihat bertenaga. Cuma kena pilih ikut kesesuaian.

Antara vitamin dan makanan tambahan yang biasa ialah asid folik. Jangan gempak ya. Asid folik ialah vitamin B yang sesuai telah terbukti untuk tingkatkan tahap tenaga para mama-mama sekalian. Sebenarnya banyak lagi vitamin lain namun vitamin B adalah berada dalam tangga teratas jika mama target nak tambah tenaga badan agar kekal cergas! Lagipun vitamin B ni biasa kita dengar dan dah biasa jika nak dibanding dengan penggalak tenaga lain seperti NADH yang lebih sesuai untuk atlet atau gingko biloba.

Dalam dunia vitamin dan makanan tambahan, terdapat banyak sumber-sumber alternatif yang boleh diambil untuk menambah tenaga. Sama ada anda seorang warga emas mencari untuk melakukan lebih banyak aktiviti atau atlet yang ingin mendapatkan lebih banyak tenaga, terdapat banyak vitamin yang berbeza di luar sana yang boleh memberi anda apa yang anda perlukan. Sebelum anda tergesa-gesa keluar dan menerokai pilihan anda, anda harus sentiasa berunding dengan doktor anda terlebih dahulu dan melihat jika terdapat apa-apa vitamin yang anda tidak perlu mengambil.

Sebagai contoh gingko biloba boleh menambah tenaga dan hilangkan letih badan tetapi pada masa yang sama ada efek mencairkan darah. Tambahan lagi sekiranya mama seorang pengamal aspirin, pengambilan gingko biloba tidak sesuai diambil bersama aspirin kerana ia juga boleh mencairkan darah. Apatah lagi jika mama adalah ibu mengandung dan nak bersalin dan kemudian mengambil gingko biloba sebab kononnya letih dan nak tambah tenaga. Awaslah kerana khuatir tumpah darah nanti bila waktu melahirkan.

Jadi apa-apa pengambilan vitamin dan makanan tambahan rujuklah dulu dengan pakar farmasi dan doktor.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *