Fenomena makanan palsu dari China

Apa tu makanan palsu (food fraud)?

Makanan palsu ialah bukan makanan sebenar.

Ia cuma mempunyai bahan yang menyerupai tetapi tidak menggantikan kandungan dan nutrien sebenar yang ada dalam makanan asal.

Kenapa tergamak nak buat makanan palsu?

Tujuannya adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Terdapat beberapa faktor yang mendesak yang menyebabkan pembuatan makanan tiruan.

Barang makanan naik harga menyebabkan opportunis cuba untuk menghasilkan bahan makanan yang berharga lebih murah dengan menggantikan bahan yang asalnya elok dengan bahan yang lebih kurang sama tetapi tidak berkhasiat malah dalam kes tertentu beracun.

Faktor ekonomi yang tidak berapa baik sebabkan pengguna menganggap barang makanan murah sebagai penyelesaian kepada penjimatan perbelanjaan tanpa sedar yang makanan murah mungkin tidak selamat untuk dimakan.

Tidak peka dengan situasi dan perkembangan semasa juga memungkinkan pengguna membeli sahaja apa yang dijual dipasaran tanpa menyoal rasional mengapa sesuatu bahan makanan itu murah dari harga biasa.

Makanan palsu ini bukan baru tetapi semakin menjadi-jadi jadi para pengguna mesti selalu merujuk kepada perkembangan terkini untuk mengelakkan dari terbeli makanan palsu sebegini.

Jika kita perasan ada saranan terkini yang sarankan agar kita kurangkan membeli makanan terproses dengan membeli bahan mentah dan masak makanan sendiri di rumah.

Ini bukan bermakna makanan terproses itu tidak selamat tetapi dikhuatiri terdapat pengusaha yang mengambil kesempatan memasukkan bahan-bahan tiruan ke dalam makanan untuk menjimatkan kos pengeluaran.

Jadi disebabkan oleh segelintir pengusaha maka keseluruhan industri terpalit nama buruk.

Makanan terproses adalah selamat cuma pastikan kita beli makanan dari branding dan syarikat yang dipercayai sahaja.

Kita perlu jadi bukan setakat pengguna yang memilih makanan harga murah tetapi perlu jadi pengguna bijak yang tidak membeli makanan dari syarikat dan branding yang kurang dipercayai serta mengamalkan tidak mengamalkan amalan baik pengilangan makanan.

Pilihah makanan yang dihasilkan menerusi pengilangan dan pemprosesan GMP, HACCP serta Halal.

Nak tahu camner?

Lihat packaging makanan dan terdapat label yang mengesahkan dan pastikan juga logo yang digunakan pada labeling bukan logo palsu. Boleh semak dengan laman web JAKIM atau laman web Kementerian Kesihatan.

Pada masa ini terdapat opportunis yang boleh meniru bahan makanan dan membuat pelabelan palsu. Oleh itu sebagai pengguna perlu kita sedar bagaimana untuk bezakan yang palsu atau yang asli.

Antara insiden yang terjadi berkaitan makanan palsu adalah seperti berikut:

Susu melamine – melamine digunakan sebagai substitute untuk susu sebenar bagi menjimatkan kos pengeluaran dan mengaut keuntungan. Melamine ni bukan bahan gantian pun malah bersifat toksik dan menyebabkan masalah kesihatan pada bayi.

Telur palsu – bukan telur sebenar tetapi ibarat kita buat kuih dim sum yanh menyerupai telur dan tak layak menggantikan nutrisi yang terbaik yang dipunyai dalam telur sepertimana yang telah diciptakan oleh Allah swt.

Beras plastik – kita tidak jumpa beras ini cuma ianya viral sahaja tetapi ditempat lain dalam dunia sudah ada yang terima beras plasti ini. Yang ini sangat jelas tujuannya adalah untuk jual sahaja dan tidak memikirkan akibat pada pengguna yang memakannya.

Stevia palsu – perkara ini baru sahaja berlaku dan ianya jelas untuk memberi alternatif harga murah tetapi sudah tentu khasiatnya tidak sama dengan stevia asli malah mungkin menjejaskan kesihatan pada pengguna yang amat memerlukan contohnya pesakit diabetis atau kencing manis.

Sebenarnya ada banyak lagi contoh makanan palsu sedia dan ada dan dengan teknologi makanan yang canggih tidak mustahil pada masa akan datang kita akan jumpa jenis makanan palsu yang lain.

Nasihat yang utama ialah utamakan makanan berkualiti walaupun mahal sedikit dan sentiasalah peka dengan perkembangan semasa.

Jika makanan mahal banyak cari makanan yang lebih murah sedikit dari brand lain yang dipercayai berkualiti dan elakkan makanan palsu.

In shaa Allah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *