Am I a Pro Formula/Brestfeeding??

Bukan! Dua dua pun bukan..cuma aku ada berhajat nak menyusukan Iyad dgn susuibu selama mungkin…sebetulnya, kalau boleh dgn SUSUIBU saja la,tapi kalau ditakdirkan separuh jalan, setelah usaha bermacam-macam, aku tak boleh nak tolak kemungkinan yang datang kan…(NABIL direct feed hanya selama 19 bulan )

Dulu masa zaman Nabil, aku selalu surf satu laman web berkaitan ASI…yela, ilmu takde, pengalaman apa pun takde, pun begitu, aku prefer jadi a silent reader, plus kat situ, kalau ada yang tanya ‘soalan bodoh’ berkaitan susu formula ke,apa ke, mesti kena tempelak/sindir pedas2(aku pun pernah kena tau…)…yang aku pelik, kenapa yg BANYAK ILMU mesti menjadi begitu synical kepada yang kurang ilmunye…

Pasal ada org kurg susu, ada org banyak susu, org susunye lebat/tak lebat..semuanya aku pecaya…prasan tak ada setengah org, susunya kuar seawal dia pregnant at 7 months lagi dan ada yg after day 5 giving birth baru kuar susu..ni aku tengok sndri ada satu akak ni kat sepital masa Iyad warded pump beria susu dia 7/8 kali sari tapi breast tak engorge, selepas 5 hari dia  aku bertapa dari pagi sampai pukul 8 malam mendirect breastfeed IYAD kat ward(malam nurse bagi EBM), baru aku nampak susu dia kuar titik2 sahaje dalam 1 oz gitu..dia pakai spectra ok…dan nampak sgtla dia happy gile once susu kuar…yes,pumping susu memang meningkatkan penghasilan susu tapi tak semua orang tahu ni dan tak semua kita takde masalah nak breastfeed anak..ada juga mummy yg aku tengok, takde ngepam takde apa, latch dgn anak pun selepas semalaman tidur dlm ward,while anak dah di formulafeed kan kat nursery, pun breast dia engorged gile, terpaksa jalan tundukkan badan sebab dah bengkak sgt, then selepas pump guna pump hospital pun, still bengkak macam apa(aku tengok sendiri ok)…beruntung baby dia ibunya kaya susu, tapi aku fikir, beruntung juga anak akak yang keep on perah susu selama 5 hari tu tadi dan dapat beberapa titik sahaja tapi sebab nak juga anak rasa susuibu, dia tak kenal jemu..tabikla akak!

ps: apapun saya tidak akan menafikan yang SUSUIBU yang terbaik!semoga dipermudahkan rezeki anak2 saya olehNya.
ps: Dia yang memberi rezeki, Dia juga yang boleh menarik bila2 masa saja rezeki yang diberi…
ps: I HATE THE FACTS THAT HARMONY, SWING USED TO SUIT ME WELL, PISA SUITS ME WELL, BUT NOT FREESTYLE…huhuhu

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *