4.5.2011

Ni patut entry last month, tapi sebab priority lebih ke arah menda lain selain dari sibuk nak update blog, update fb pelbagai, makanya tertangguhlah perkara penting saya sekeluarga ini…HAPPY BIRTHDAY IYAD..sudah setahun IYAD ya…Macam biasa, takde brthday party bagai walaupun naaak sangat bwk anak2 makan luar masa birthday, dek sibuk mcm2 hal, beli kek makan aje di rumah….
IYAD setahun ni, alhamdulillah, senang menjaganya walaupun babak2 ulang alik klinik hospital semua menjadi rutin kehidupan.. namapun anak kecik, sahla kita takleh nak kontrol sihat sakit pening dia, ubat ubatan tiap bulan ibarat perkara wajib walaupun dia juga breastfed(tiada fakta anak yg di breastfed sihat sokmo ya).. alhamdulillah, walaupun kecik lahir tak cukup berat, IYAD cukup sifat, sangat sempurna di mata kami mak ayahnya.. alhamdulillah dia juga aktif ikut abangnabil main sana sini, kebetulan diletakkan di daycare yg sama dgn si abang, cikgu2 pun kata taknak duk dgn baby seusia, nak join main kat hall bawah daycare.. time tidur je nak lepak babycot.
Sejak umur 10 bulan, IYAD dah kurang nak mkn bubor lembik, nak nasi separa lembik, dan kalau lauk nye ikan salmon/ daging sukala sangat laju je makan.. baik di daycare time makan nasi yang mummy bekalkan atau mkn di rumah, asal lauk ni je memang cepat dia telan.. roti pun jadi favourite dia, cuma bezanya nabil dulu makan roti celup susu, yang iyad ni roti kosong pun jadik je..asal nampak mummy/ abah pegang atau kunyah food, mesti gedik2 datang nak ngendeng makan jugak… alhamdulillah, selera la tu tandanya..
Iyad belum lagi berjalan tanpa bantuan, masih di peringkat meniti tepi2 meja/sofa, laju dia meniti, takpela dik, slowly ya, mummy sabar tunggu adik pandai jalan sendiri..kadang tengok badan dia kecik sgt compared to budak seusia, sedih rasa, tapi camnapun kena syukur, sebab dia sihat tak dan cergas, yang penting dia SIHAT,itu aje..
Mummy dan abah doakan iyad dan nabil sihat sentiasa, cergas dan cerdas membesar, semoga menjadi anak yang soleh, amin. Cepat2 besar ya dik, boleh join abang nabil panjat tangga turun naik turun naik buat mummy pening kepala…hehe

 sayang IYAD
 abang NABIL
 selalu ingat yang MUMMY SAYANG SANGAT KAMU BERDUA!
 zzzzzz
 MUKA BABY KE MUKA TODDLER DAH?
 1 tahun 1 hari

 kek IYAD.. tapi iyad tak makan punnn…haha
muka bulat, badan kecik…sayang mummy!
Tags:,

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *