3 sebab mengapa anak belum perform

Sumber: Radio IKIM.fm

Dari penceramah Seminar Tapau A.

Punca anak belum perform secara amnya ada tiga:

Ringkasnya HIP, iaitu …

  1. Halatuju tak tahu ke mana
  2. Ilmu belum mantap
  3. Pegangan/agama/iman goyang

Halatuju

Macam kita tak tahu jalan ke satu tempat akan jadi sesat atau ambil masa lama untuk sampai. Boleh jadi juga tak tahu nak pergi mana pun, maka nak mula dimana pun tidak tahu. Senang kata tiada matlamat. Berikan matlamat jangka pendek dan panjang kepada anak. Dengan cara ini anak akan mula berfikir nasib masa depan. Jika dilepas begitu saja dikhuatiri sesat nanti tak tahu mana nak dituju. Halatuju ni bukan anak anak je yang tak tahu kadang yang dah tua dewasa ni pun masih teraba-raba. Jadi penting untuk terapkan halatuju pada anak anak.

Ilmu

Arahan sahaja tidak mencukupi. Kita arah anak buat itu buat ini. Tapi, bagaimana cara nak membuatnya? Tidak diterangkan maka anak stop setakat itu. Dimarah diherdik tak akan bergerak. Sebab tak tahu how to do. Jadi, tunjukkanlah caranya. Kata hang tera hang buatlah. Jadi ibubapa tolong tunjukkan, bukan main arah saja. Tunjuk contoh yang baik.

Pegangan

Amalan sahaja tak cukup. Solat udah mesti. Tapi adakah anak kuat iltizamnya, teguh pendiriannya. Sikap baik dirumah sama ditunjuk disekolah. Berkawan dipilih yang baik-baik. Kenal yang buruk dan tidak melakukannya. Tahu mana yang baik dan buruk. Pilih yang baik sahaja. Ini untuk pastikan dia dapat jaga diri sendiri. Sentiasa berada dalam jalan yang baik dan jika terlencong boleh berpatah balik dengan sendirinya.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FOLLOW US D' INSTAGRAM!

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com