2 tahun 10 bulan

Lagi 2 bulan Nabil akan berumur 3 TAHUN..sudah besar la anak manja mummy ni…masih pelat2 cakap, german slang pun ada, selalunya tak berapa paham apa dia nak sampaikan, tapi thru actions, bolehla kaita tau apa dia nak sebenarnya…tapi kalau kita cakap menda2, paham pulak dia..nak bals je tak reti lagi
Dah rajin la tolong2 mummy ambik2 pampers adik, tolong letak baju kotor dalam laundry basket, tolong kemas simpan meinan yang sepah2 atas lantai(tak sampai 5 minit lepas tu dia jugak yang sepahkan semula haha, dan juga tolong mummy layan adik IYAD yang suka nak nangeh kalau mummy tengah busy2 kat dapo … sekarang ni nak masak lauk ala kadar pun terkejar2…apatah lagi nak beria ia buat pengatke, bubor kacang ke, puding raja ke, apa ke..asyik terkejar2…
Nabil yang disayangi, semoga menjadi anak yang soleh dan mendengar kata, mudah belajar yang baik2, sihat selalu, aktif dan cergas selalu(walaupun mummy salu pening denhar awak menjerit2 kalau time main2…dan moga diberkati Allah hendaknya..
ps: tolong jangan salah paham antar NOMBOR 5  dengan HURUF S ya sayang..hehe..dan upgrade2 kan la lidah tu agar fasih sebut kiraan 12-20 pulak hihi…dan sila panggil mummy…MUMMY..bukan bah bah bah / mah mah mah…I LOVE U BOY!

peace versi nabil

Tags:

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Full Screen Popup Powered By : XYZScripts.com