10-11 Mei diisytihar Cuti Umum PRU-14 – KSU

PUTRAJAYA – Kerajaan menetapkan Khamis dan Jumaat (10 dan 11 Mei) ialah hari kelepasan am tambahan seluruh negara sempena Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan, maka hari Ahad (13 Mei) ditetapkan sebagai hari kelepasan am tambahan.

“Pengisytiharan cuti umum ini dibuat berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 8 Akta Hari Kelepasan 1951 bagi seluruh negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Bagi Sabah dan Sarawak, kerajaan negeri hendaklah mengisytiharkan hari kelepasan am tambahan pada tarikh tersebut mengikut Ordinan Hari Kelepasan Am masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Ini adalah berikutan janji Pakatan Harapan (PH) yang mengatakan akan isytihar cuti umum sekiranya mereka menang bagi memberikan kelapangan agar rakyat turun padang untuk menjalankan tanggungjawab mengundi dan merayakannya sekaligus selepas menang.

Sejurus selepas keputusan majoriti diperolehi, Dr Mahathir telah meminta ketua setiausaha negara (KSU) Tan Sri Ali Hamsa untuk mengumumkan hari Khamis dan Jumaat sebagai cuti umum seperti dijanjikan HARAPAN sebelum ini.

Susulan itu, Ali melalui kenyataan twitter mengumumkan cuti umum pada 10 dan 11 Mei serta 13 Mei bagi negeri-negeri yang menjadikan hari Jumaat dan Sabtu sebagai hari kelepasan mingguan.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FOLLOW US D' INSTAGRAM!

Popup Dialog Box Powered By : XYZScripts.com